Beri Cuti Sementara Kepada Nurul Izzah Tidak Jejas Operasi, Fungsi Parti – Fahmi
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) — Keputusan untuk memberikan cuti sementara kepada Nurul Izzah Anwar daripada jawatan Timbalan Presiden PKR tidak menjejaskan operasi dan fungsi parti itu, sebaliknya gerak kerja organisasi tetap diteruskan seperti biasa.
Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Naib Presiden Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah diberi mandat untuk menggalas sementara tanggungjawab serta fungsi jawatan berkenaan.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR tidak menerima peletakan jawatan Nurul Izzah, sebaliknya hanya membenarkan permohonan beliau untuk bercuti bagi memberikan tumpuan kepada urusan peribadi, serta melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD).
“Nurul Izzah kekal sebagai anggota parti dan akan terus membantu parti dalam perjuangan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen PIBG Internet Selamat 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Mengenai spekulasi Ahli Parlimen Subang Wong Chen bakal mengosongkan kerusi Parlimen berkenaan, Fahmi menegaskan beliau setakat ini tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara itu dan ia tertakluk kepada pengumuman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
Terdahulu, media melaporkan Chen ada menyatakan hasrat untuk meletak jawatan ketika pertemuan dengan Johari semalam, dengan wakil rakyat itu dijangka mengumumkan keputusannya pada Isnin.
Menyentuh desas-desus Pilihan Raya Umum (PRU) bakal diadakan lebih awal, Fahmi menjelaskan tiada sebarang perancangan sedemikian buat masa ini, dan kerajaan menjangkakan PRU hanya akan diadakan selewat-lewatnya pada hujung tahun depan.
Beliau berkata tumpuan Kerajaan Persekutuan ketika ini adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran, selain menghargai komitmen rakan komponen Kerajaan Perpaduan yang terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga akhir penggal.
Fahmi berkata komitmen menyeluruh dalam Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan adalah untuk meneruskan usaha memperbaiki keadaan negara serta melaksanakan agenda reformasi yang diperlukan rakyat.
Beliau berkata antara perkara yang masih perlu diberi perhatian ialah pelaksanaan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2020.
Fahmi turut memberikan bayangan bahawa Perdana Menteri dalam masa terdekat akan membuat beberapa pengumuman yang disifatkannya sebagai baik untuk rakyat dan negara.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.