Cadangan menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM3,100 disifatkan sebagai terlalu tinggi dan boleh memberi kejutan besar kepada pasaran buruh serta kos operasi perniagaan di negara ini.
Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berpandangan, kenaikan sebanyak RM1,400 atau 82.4 peratus itu perlu dinilai secara menyeluruh dan tidak boleh dilaksanakan tanpa mengambil kira produktiviti, kemampuan majikan serta kesannya terhadap peluang pekerjaan dan daya saing negara.
Presiden FMM, Datuk Jacob Lee Chor Kok berkata, kadar gaji minimum RM1,700 sendiri baru dilaksanakan sepenuhnya kepada semua majikan sejak Ogos 2025, sekali gus menyaksikan banyak perniagaan masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kesannya.
Menurutnya, kenaikan terus kepada RM3,100 juga belum pernah berlaku dalam sejarah pelaksanaan gaji minimum berkanun di Malaysia sejak 2013.
“Peningkatan sehingga RM3,100 secara serta-merta akan menjadi kejutan besar kepada pasaran buruh dan struktur kos perniagaan.
“Ia perlu dilihat bersama pertumbuhan produktiviti, kemampuan perniagaan, daya saing Malaysia, inflasi, peluang pekerjaan serta kesannya terhadap keseluruhan struktur gaji,” katanya dalam satu kenyataan.
Hampir Sama Dengan Gaji Median
Terdahulu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan gaji kehidupan wajar sebanyak RM3,100 sebulan dijadikan antara rujukan dalam menentukan kadar gaji minimum baharu.
Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, kadar tersebut dianggap munasabah mengambil kira peningkatan kos sara hidup termasuk harga makanan, perumahan, pengangkutan dan keperluan asas.
Namun, menurut FMM, kadar RM3,100 itu hampir menyamai gaji bulanan median sebanyak RM3,167 yang diterima pekerja sektor formal pada Disember 2025.
Jacob berkata, keadaan itu berpotensi menyebabkan jurang gaji antara pekerja peringkat permulaan dengan pekerja mahir, penyelia, juruteknik dan kumpulan lain menjadi semakin rapat.
Jelasnya, majikan mungkin terpaksa menyemak semula keseluruhan struktur gaji bagi mengekalkan perbezaan berdasarkan kemahiran, pengalaman, prestasi dan tanggungjawab.
“Keadaan ini dijangka memberi kesan tidak seimbang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta industri berintensifkan buruh yang kebanyakannya beroperasi dengan margin keuntungan kecil,” ujarnya.
Tambah beliau, kenaikan kos buruh secara mendadak juga boleh menjejaskan pelaburan dan pengembangan perniagaan, selain berisiko mempercepatkan penyumberan luar operasi serta mengurangkan peluang pekerjaan, khususnya di peringkat permulaan.
Bimbang Harga Barang Turut Naik
FMM turut berkata peningkatan gaji yang terlalu mendadak boleh memberi kesan kepada pengguna apabila syarikat terpaksa mendapatkan semula sebahagian daripada kos tambahan menerusi kenaikan harga.
Menurutnya, prestasi ekonomi dan produktiviti Malaysia yang semakin baik tidak bermakna semua sektor serta syarikat mempunyai kemampuan kewangan sama untuk menyerap kenaikan gaji sehingga 82.4 peratus.
Perniagaan ketika ini, katanya, turut berdepan peningkatan kos tenaga dan bahan mentah, cukai, kos pematuhan, ketidaktentuan geopolitik serta perdagangan global, selain persaingan serantau yang sengit.
Dalam perbandingan serantau, Jacob berkata gaji minimum di Vietnam pada 2026 berada antara kira-kira RM570 hingga RM820, Thailand antara RM1,080 hingga RM1,280, manakala kadar di Jakarta, Indonesia sekitar RM1,390.
“Cadangan gaji minimum RM3,100 adalah lebih dua kali ganda paras gaji minimum di banyak lokasi pembuatan pesaing di ASEAN.
“Jika tidak disokong oleh peningkatan produktiviti dan penciptaan nilai yang setara, jurang besar ini boleh menjejaskan daya saing kos Malaysia,” katanya.
FMM Mahu Semakan Berperingkat
Sehubungan itu, FMM menggesa Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) menjalankan penilaian menyeluruh mengikut sektor dan saiz syarikat sebelum membuat sebarang keputusan.
Menurutnya, antara faktor yang perlu dipertimbangkan ialah kos sara hidup, inflasi, gaji median, produktiviti buruh, kadar pengangguran, keadaan pasaran pekerjaan, prestasi ekonomi, kemampuan kewangan majikan dan daya saing antarabangsa.
FMM juga berpandangan tempoh mencukupi perlu diberikan bagi menilai kesan penuh pelaksanaan kadar RM1,700 sebelum sebarang kenaikan besar dipertimbangkan.
“Jika terdapat bukti yang menunjukkan keperluan untuk pelarasan lanjut, kenaikan itu perlu dibuat secara sederhana, berperingkat dan boleh dijangka.
“Majikan juga perlu diberikan notis awal yang mencukupi supaya mereka dapat merancang, meningkatkan produktiviti dan menyusun semula operasi,” katanya.
Dalam pada itu, FMM berkata peningkatan gaji lebih mampan sekiranya disokong menerusi peningkatan kemahiran pekerja, laluan kerjaya yang lebih tersusun serta sistem imbuhan berasaskan produktiviti.
Beliau berkata syarikat yang mencatat prestasi baik boleh berkongsi manfaat dengan pekerja melalui bonus, insentif dan kenaikan gaji berdasarkan produktiviti, kemahiran serta sumbangan individu.
Kerajaan Sedang Semak Gaji Minimum RM1,700
Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan memaklumkan bahawa kerajaan sedang menyemak semula kadar gaji minimum RM1,700 ketika ini.
Menurutnya, keputusan akhir sama ada kadar tersebut akan dikekalkan atau dinaikkan bakal dimuktamadkan oleh MPGN.
FMM pada masa sama menggesa kerajaan memperkukuh keadaan ekonomi dan persekitaran perniagaan bagi membolehkan majikan menawarkan gaji lebih tinggi secara mampan.
Menerusi cadangan Belanjawan 2027, FMM mahu lebih banyak ruang fiskal diberikan kepada syarikat produktif, khususnya PKS, untuk melabur dalam automasi, pembuatan pintar, pendigitalan, kecerdasan buatan (AI), penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembangunan tenaga kerja.
Katanya, langkah itu penting bagi mewujudkan kitaran positif apabila peningkatan keuntungan membolehkan syarikat membuat lebih banyak pelaburan, sekali gus meningkatkan produktiviti, prestasi perniagaan dan gaji pekerja.
“Peningkatan gaji yang tidak disokong oleh produktiviti dan penciptaan nilai yang sepadan berisiko meningkatkan harga serta melemahkan daya saing tanpa memberikan peningkatan kuasa beli sebenar secara mampan.
“FMM menyokong matlamat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup pekerja, namun laluan yang lebih mampan ke arah gaji lebih baik adalah melalui produktiviti, kemahiran, pelaburan, inovasi dan pertumbuhan perniagaan yang menguntungkan,” katanya.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.