Jerebu Belum Reda, Ini Senarai 38 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Keadaan jerebu masih lagi menyelubungi negara ini apabila puluhan kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat hari ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan tiada kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik setakat bacaan yang direkodkan pada jam 12.00 tengah hari.

Sebanyak 30 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap Sederhana dan 38 lagi kawasan pada tahap Tidak Sihat.

  • Sungai Petani, Kedah (IPU – 152)

  • Minden, Pulau Pinang (IPU – 135)

  • Balik Pulau, Pulau Pinang (IPU – 153)

  • Tasek Ipoh, Perak (IPU-153)

  • Seri Manjung, Perak (IPU – 157)

  • Tanjung Malim, Perak (IPU – 161)

  • Batu Muda, W.P. Kuala Lumpur (IPU – 165)

  • Cheras, W.P. Kuala Lumpur (IPU-174)

  • Putrajaya, W.P. Putrajaya (IPU-169)

  • Kuala Selangor, Selangor (IPU-159)

  • Petaling Jaya, Selangor (IPU – 163)

  • Shah Alam, Selangor (IPU – 170)

  • Klang, Selangor (IPU – 163)

  • Banting, Selangor (IPU – 159)

  • Nilai, Negeri Sembilan (IPU – 172)

  • Seremban, Negeri Sembilan (IPU – 168)

  • Port Dickson, Negeri Sembilan (IPU – 155)

  • Alor Gajah, Melaka (IPU – 163)

  • Bukit Rambai, Melaka (IPU – 160)

  • Batu Pahat, Johor (IPU – 163)

  • Kluang, Johor (IPU – 149)

  • Larkin, Johor (IPU-165)

  • Pasir Gudang, Johor (IPU – 169)

  • Pengerang, Johor (IPU – 161)

  • Kota Tinggi, Johor (IPU – 164)

  • Rompin, Pahang (IPU-154)

  • Temerloh, Pahang (IPU – 159)

  • Jerantut, Pahang (IPU – 158)

  • Indera Mahkota Kuantan, Pahang (IPU – 164)

  • Balok Baru Kuantan, Pahang (IPU-163)

  • Kemaman, Terengganu (IPU – 160)

  • Paka, Terengganu (IPU – 158)

  • Kuala Terengganu, Terengganu (IPU – 154)

  • Samarahan, Sarawak (IPU – 161)

  • Kuching, Sarawak (IPU – 152)

  • Tangkak, Johor (IPU – 170)

  • Johan Setia, Selangor (IPU – 185)

  • IPD Serian, Sarawak (IPU – 185)

  • Menurut JAS, keadaan ini berlaku dalam persekitaran cuaca kering yang berterusan di sebahagian rantau selatan ASEAN.

    Berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) pada 14 September, sebanyak 800 titik panas dikesan di Kalimantan, 85 di Sumatera dan 16 di Malaysia.

    Jerebu rentas sempadan turut dikesan meliputi Semenanjung Malaysia, Singapura serta bahagian selatan Vietnam dan Kemboja.

    Dalam pada itu, beberapa mekanisme turut digariskan sekiranya keadaan bertambah buruk.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana oleh NADMA boleh diaktifkan sekiranya bacaan IPU melebihi 150 selama lebih 24 jam.

    Aktiviti luar bilik darjah pula perlu dihentikan apabila IPU melebihi 100, manakala sekolah, tadika dan taska perlu ditutup sekiranya bacaan melebihi 200.

    Operasi Pembenihan Awan pula tertakluk kepada kehadiran awan dan keadaan cuaca yang sesuai apabila bacaan IPU melebihi 150 selama lebih 24 jam.

    Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia berpotensi mengeruhkan lagi jerebu yang melanda ketika ini.


    PakarPBN

    A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

    In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

    The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

    Jasa Backlink

    Download Anime Batch