Vietnam Dijangka ‘Potong’ Indonesia Dari Segi KDNK Pada 2026

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Vietnam diunjurkan mencapai AS$5,259 tahun ini, mengatasi Indonesia yang dijangka mencatat AS$5,153, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), lapor VNE Express

Angka daripada laporan Tinjauan Ekonomi Dunia IMF edisi Oktober itu menunjukkan KDNK nominal per kapita Vietnam meningkat 8.9 peratus berbanding tahun lalu dan hampir dua kali ganda berbanding sedekad sebelumnya.

Menurut anggaran IMF, KDNK per kapita Vietnam masih sekitar AS$250 lebih rendah berbanding Indonesia tahun lalu. Malah, unjuran yang diterbitkan pada April masih menjangkakan Indonesia kekal mendahului Vietnam pada 2026.

Unjuran baharu itu bakal meletakkan Vietnam di kedudukan kelima dalam kalangan negara anggota ASEAN, di belakang Singapura, Brunei, Malaysia dan Thailand.

KDNK Vietnam Dijangka Potong Indonesia

IMF menjangkakan Vietnam terus mendahului Indonesia pada 2027, dengan KDNK per kapita masing-masing diunjurkan mencapai AS$5,659 dan AS$5,550.

Bagaimanapun, Indonesia kekal sebagai ekonomi terbesar Asia Tenggara dengan jurang yang ketara.

Dengan jumlah penduduk hampir tiga kali ganda berbanding Vietnam yang mempunyai sedikit lebih 100 juta penduduk, KDNK Indonesia diunjurkan mencecah AS$1.48 trilion tahun ini, berbanding AS$542 bilion bagi Vietnam.

Menurut laporan Nikkei Asia, mengaitkan perubahan kedudukan itu dengan peranan Vietnam yang semakin berkembang dalam pembuatan berteknologi tinggi, termasuk semikonduktor dan elektronik. Laporan itu turut menyatakan bahawa syarikat Taiwan, Foxconn, sedang memperluas pengeluarannya di negara berkenaan.

Samsung Electronics dari Korea Selatan pula menghasilkan telefon pintar dan barangan elektronik lain untuk eksport di kilangnya di utara Vietnam.

Ekonomi Vietnam berkembang 9.95 peratus pada suku ketiga, kadar pertumbuhan terpantas dalam tempoh empat tahun.

Felo penyelidik kanan di Institut Ekonomi Membangun Jepun, Mai Fujita, memberitahu Nikkei Asia bahawa usaha kerajaan meningkatkan pelaburan awam turut menyokong pertumbuhan tersebut.

Vietnam merancang membelanjakan 1.014 kuadrilion dong Vietnam (AS$39.3 bilion) bagi pelaburan awam tahun ini, dengan pembinaan jalan raya, lapangan terbang dan infrastruktur lain sedang dilaksanakan di seluruh negara.

Sebaliknya, pertumbuhan ekonomi Indonesia kekal sekitar lima peratus. IMF meramalkan pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus bagi negara itu tahun ini, berbanding 8.4 peratus bagi Vietnam.

Vietnam menyasarkan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya 10 peratus tahun ini dan berhasrat meningkatkan KDNK per kapitanya kepada kira-kira AS$8,500 menjelang 2030, iaitu hampir menyamai paras Thailand ketika ini.

Fujita berkata, Vietnam juga perlu mengusahakan pertumbuhan jangka panjang menerusi pembangunan sumber manusia dan teknologi, seiring perbelanjaan infrastruktur yang merangsang pertumbuhan dalam jangka pendek.


PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch